Saturday, July 17, 2010

Sejarah Ringkas Kg Seri Aman

Bermula dari kawasan hutan terbiar yang mana penerokaan
tanah oleh penduduk bermula sedikit demi sedikit yang mana
kampung ini lebih dikenali sebagai Kampung Pulas pada asalnya.

Dahulu Kampung ini hanya dihuni oleh empat buah keluarga
yang mana mereka bekerja sebagai buruh di lombong biji timah
berdekatan yang dikenali sebagai Air Hitam Tin Mine dan
Killing Hall Tin Mine.Mereka boleh dikatakan penduduk asal
kampung ini tetapi kini sebahagian mereka telah meninggal dunia
kerana sakit tua.

Penghijrahan secara besar-besaran oleh peneroka hanya bermula
seawal tahun 70-an dan juga kegiatan melombong biji timah di
kampung ini juga berlaku ketika itu.

Persatuan penduduk yang kuat telah menghasilkan kejayaan yang
mana Kampung Pulas telah ditukar ke Kampung Seri Aman dan
juga permohonan Tol telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor
dan juga kegiatan melombong bijih ditamatkan.

Dengan pecahan lot lebih kurang 950 lot di atas seluas lebih kurang
560 ekar tanah penduduk telah diberi anugerah tanah perumahan oleh
kerajaan negeri yang mana kadar premiumnya ialah 50sen sekaki persegi.

Hari ini,Kampung Seri Aman Puchong Selangor megah sebagai kampung
tradisi yang dinaungi oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya serta
pembangunan luar bandar Daerah Petaling yang mana pembangunan pesat
begitu ketara hari demi hari sehingga ia lebih kelihatan sebagai kampung
contoh dengan daerah sekitarnya.

Mukim: Mukim Petaling 1
Daerah: Petaling
Kawasan Parlimen: Parlimen Puchong (P.103)
Kawasan Dun: Dewan Undangan Negeri Kawasan Seri Serdang (N.29)

Senarai Nama JKKK Kampung Seri Aman,Puchong

Sultan Negeri : Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah

Menteri Besar: YB Abdul Khalid Bin Ibrahim

Ahli Parlimen: YB Gobind Singh A/L Karpal Singh

ADUN: YB Satim Bin Diman

Penghulu Mukim Petaling 1 : Mohd Shah Rizal Bin Shol Hadli

Pengerusi: Khairudin Bin Mohd Raus
Setiausaha: Abd Talib Bin Abu
Bendahari: Jaffry Bin Mohammad Mukhtar
AJK:
Mat Asim Bin Senin
Musa Bin Zainal
Yahya Bin Sabtu
Naim Bin Ali
Md Hanafiah Bin Osman
Zyke Shah Rizal Bin Samri
Razali Bin Sulor
Mohd Yunus Bin Jamaludin
Yusop Bin Kadir
Norani Binti Sharif
Kalsom Binti Bidin
Sazana Binti Isa